Wednesday 7 December 2016

MARINA MAHATHIR PERTIKAI ISTANA - APA HAK BELIAU?

Sepucuk surat dari Istana Negara yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja Raja Melayu kepada Tun Mahathir disebarkan oleh Marina Mahathir kepada umum melalui aplikasi twitter miliknya.

Dalam surat yang tertera Sulit itu, Mahathir dimaklumkan beliau tidak akan disediakan kerusi dalam Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung pada 13 Disember 2016 kerana tidak mahu ada sebarang masalah timbul.

Tindakan Marina mencampuri urusan Istana Negara ini amat tidak wajar apatah lagi menyalahkan kerajaan Persekutuan sedangkan arahan tersebut datang dari Istana Negara dan bukannya Perdana Menteri. Marina cuba mengelirukan rakyat apabila meletakkan #howlowucango dipercayai ditujukan kepada kerajaan Persekutuan.

Beliau septutnya faham, Istana Negara berhak menjemput atau tidak sesiapa sahaja yang difikirkan layak untuk menghadiri acara tersebut 5 tahun sekali apabila tugas YDPA yang disandang oleh salah seorang Raja yang di pilih oleh Majlis Raja Raja tamat.

Persoalan juga timbul mengenai motif Marina yang mengeluarkan Surat Sulit dan Peribadi untuk tatapan umum. Apakah tindakan Marina ini untuk kepentingan politik Mahathir yang kini telah berpaling kepada DAP dan untuk mencari populariti buat Mukhriz Mahathir?

Tindakan Marina ini boleh disifatkan sebagai biadap terhadap Institusi Istana Negara serta Raja Raja Melayu kerana berani mengeluarkan dokumen rahsia Istana Negara.

Siapa Marina untuk mencampuri urusan Istana Negara? Beliau hanyalah anak kepada bekas Perdana Menteri dan tidak berada dalam situasi yang membolehkan beliau mempertikaikan tindakan Istana.

No comments:

Post a Comment