Saturday 10 December 2016

BATAL JEMPUTAN - MARINA, DIN 'BOTOX' BERANI 'SEMBAH DERHAKA' TERHADAP ISTANA?

Orkestra dari parti pembangkang kini memasuki dimensi baru apabila kegagalan demi kegagalan mereka menjatuhkan Barisan Nasional dengan pelbagai tohamahan. Menggunakan platform bersandarkan suara rakyat bagi mendesak PM Najib untuk berundur dari kerusi nombor 1 dalam Parlimen Malaysia, taktikal pihak pembangkang kini seperti sudah lelah menyerang.

Bermula dengan demonstrasi jalanan berakhir dengan keganasan yang merosakkan banyak harta awam, BERSIH masih degil meneruskan kempen jalanan yang tidak pernah mendapat permit dari pihak berkuasa. Dibayangi penglibatan Democratic Action Party (DAP) walau dinafikan pengerusi Bersih yang mendakwa NGO tersebut tidak berpaksi kepada 'political interest' kepada mana mana parti, kehadiran Maria Chin Abdullah ke konvensyen DAP baru baru ini menjelaskan perkara sebaliknya. Dengan senyuman 'manis' Maria dibayangkan sebagai 'totok DAP' sebenarnya cukup bijak meraih simpati rakyat yang diperbodohkan untuk turun ke jalanraya menyokong kejatuhan BN untuk keuntungan pembangkang.

Kewujudan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) oleh gabungan Muhyiddin Yassin, Mukhriz dan Mahathir yang kecewa apabila perancangan dari dalam Umno untuk mempengaruhi rakyat dan ahli Umno untuk 'membunuh' karier Najib selaku Presiden Umno tidak berjaya. Gerakan yang dicetuskan Mahathir berdasarkan 'hearsay' dari pihak yang satu ketika di kecam beliau sendiri, ternyata nafsu kekuasaan lebih menjadi keutamaan mantan PM Ke-4 yang yakin dengan percaturannya untuk membuat 'comeback' sebagai batu loncatan kepada 'Boboi' ( dikatakan Mukhriz dikenali sebagai Boboi) bersedia menjadi PM Ke-7. Untuk apa Mahathir bersungguh menjatuhkan Najib sedangkan Mahathir sendiri menuding kepada Ahli Parlimen Pekan sebagai Perdana Menteri ke-6 jika tiada 'udang di balik batu'

Amanah yang tidak boleh diharapkan Dap sebagai agen pemecah undi di kawasan Melayu sudah mula terasa bahang apabila mereka seakan merayu kepada Parti Islam Semenanjung (PAS) untuk kembali dalam pakatan harapan. Kegagalan PAN dalam 'task' menggempur kubu undi Melayu di pandang sinis DAP dan mereka memerlukan momentum hebat bagi menjayakan perancangan dan mereka melihat gerakan Mahathir mampu membantu mereka berbuat demikian. Justeru itu apabila Mahathir hadir dalam konvensyen DAP dan mengeluarkan kenyataan menyokong parti sekular sosialis yang pernah di benci beliau, suara suara tidak puashati dari PPBM sudah kedengaran. Persoalan mengapa Mahathir melangkui Presiden PPBM sedangkan kedudukan beliau sebagai Penasihat Parti bukanlah tiket bagi mewakili parti sedangkan dipersetujui Muhyiddin adalah orang nombor 1 PPBM? Jelas ada percanggahan pendapat dalam PPBM sendiri dan ini menimbulkan rasa kurang senang PAN terhadap PPBM yang kini lebih diutamakan DAP.

Melihat rasa kurang senang dari dalam parti sendiri, Mahathir seperti menukar strategi bagi menenangkan ribut apabila Marina Mahathir mengeluarkan satu surat sulit membatalkan jemputan ke Majlis Pertabalan Yang DiPertuan Agung 13Disember 2016. Marina yang mempersoalkan pembatalan ini melalui aplikasi media miliknya, dilihat sebagai perisai kepada Mahathir bagi untuk mengubah pandangan berikutan sokongannya terhadap DAP.

Bukan sahaja Marina, seorang lagi individu yang dikenali sebagai 'Din Botox' juga cuba menjadi juara apabila mendesak pihak Istana menjawap mengenai pembatalan jemputan kepada Mahathir. Din Botox yang pernah berada dalam PPBM namun beliau keluar dari parti tersebut dipercayai kecewa setelah tidak mendapat kedudukan idamannya dalam parti tersebut. Tindakan duo ini sebenarnya menghina Institusi Istana dan Institusi DiRaja Melayu serta menimbulkan polemik kepada rakyat bahawa kerajaan mempengaruhi keputusan Istana sedangkan itu tidak benar.

Beranikah Marina dan Din Botox melakukan 'Sembah Derhaka' bagi mendapatkan kerusi VVIP untuk membolehkan Mahathir hadir dalam acara pertabalan YDPA? Adakah ini antara percaturan Mahathir yang kian terdesak kerana silap langkah apabila berdiri sepentas dengan pengasas DAP yang pernah beliau kecam hebat ketika menjadi PM dan Presiden Umno.

Perlu diingatkan cubaan mengaitkan Istana dan politik tidak boleh di terima rakyat kerana Istana diletakkan di satu kedudukan yang tidak bercampur dengan politik mana mana parti. Mahathir sendiri pernah cuba bawa Istana mencampuri urusan politik apabila Deklarasi Rakyat yang kononnya mengumpul sejuta tandatangan rakyat bagi mendesak Najib dilucutkan jawatan oleh YDPA di mana Seri Paduka Yang DiPertuan Agung menolak cubaan Mahathir sekaligus bertegas tidak mencampuri urusan politik. Kekecewaan Mahathir mungkin cuba di tebus oleh Marina dan Din Botox dengan menghangatkan isu pembatalan jemputan dengan meletakkan Najib sebagai individu yang perlu dipersalahkan dalam isu ini.

Rakyat sudah tidak 'bodoh' untuk mempercayai Mahathir selepas menyaksikan sendiri 'belang sebenar' mantan PM yang selama ini disorokkan. Sebagaimana permainan catur, kali ini buah catur Mahathir terperangkap di bucu dan beliau akan melakukan apa sahaja bagi memastikan permainan dimenanginya.

No comments:

Post a Comment