Monday 12 December 2016

PENGHINAAN TERHADAP INSTITUSI RAJA MELAYU - PENTAKSUB MAHATHIR TUDUH RAJA TERIMA RASUAH

Medium media sosial sering digunakan dalam penyampaian maklumat paling pantas dan tular. Namun demikian berita yang disampaikan melalui media sosial adakala di lihat sebagai agen memecah belah serta penghinaan terhadap Institusi DiRaja Malaysia.

Selepas Marina Mahathir yang mengeluarkan surat pembatalan jemputan Istana Negara dalam Majlis Pertabalan Seri Paduka Yang DiPertuan Agung dengan menggunakan tanda #howlowucango serta mengaitkan Najib dan kerajaan persekutuan sebagai dalang yang menghalang bapanya menghadiri Majlis tersebut, akibatnya ada pemain media sosial mula berpandangan serong terhadap Institusi DiRaja.

Terbaru satu akaun facebook menggunakan nama Maizatul Amirah ll mengeluarkan kenyataan menghina Sultan Kelantan yang bakal mengangkat sumpah sebagai Yang DiPertuan Agung esok. Beliau mendakwa Tuanku Sultan Kelantan telah 'dibeli' oleh Najib selaku Perdana Menteri Malaysia.

Penghinaan ini dipercayai kerana kaitan surat pembatalan jemputan kepada Mahathir dari Istana Negara. Pihak Polis DiRaja Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi MultiMedia perlu memandang serius terhadap dakwaan Maizatul kerana secara sedar telah menghina Tuanku sebagai penerima rasuah. Fenomena menghina Institusi DiRaja ini semakin menjadi jadi kerana tiada tindakan tegas dikenakan terhadap mereka yang boleh memberi pengajaran secukupnya.

Status ini juga seperti menghasut rakyat membenci kerajaan dan Institusi DiRaja selain memberi gambaran Raja Raja Melayu mudah di beli dengan duit. Apakah penghinaan ini akan diteruskan selagi tiada tindakan dilaksanakan kepada pelampau media sosial?

Adakah ini hasil dari status Marina Mahathir dalam twitter selain desakan Khairuddin Abu Hassan yang mahu Mahathir diberikan tempat dalam Majlis Pertabalan YDPA? Jika kerana disebabkan status Marina maka kita boleh melabelkan Marina sebagai pencetus hasutan kepada pentaksub 'sang dewataraya' terhadap Raja Raja Melayu dan Istana.

No comments:

Post a Comment