Thursday 22 December 2016

KRISIS AIR BUKA MATA RAKYAT KEGAGALAN PAKATAN HARAPAN - 'SAYONARA' AZMIN ALI




AIR MAMPU JATUHKAN AZMIN - DAP GUSAR RAKYAT BANGKIT MENENTANG KERAJAAN PAKATAN HARAPAN

Krisis air yang melanda Selangor yang berlarutan hingga 6 hari telah membuka mata banyak pihak mengenai kelemahan Menteri Besar Selangor menangani krisis yang membuat ramai rakyat terseksa. Keluhan rakyat bagaikan 'mencurah air di daun keladi' apabila Azmin hanya memekakkan telinga melihat penderiataan rakyat yang terpaksa beratur panjang demi sebaldi air. Lebih teruk mereka yang tinggal di flat serta rumah pangsa yang tidak mempunyai kemudahan lif terpaksa menjinjit bekas air hingga ke tingkat 4 kediaman bagi memastikan bekalan air tidak terputus. Malah jika berlaku kematian orang Islam pasti mereka akan menghadapi kesulitan untuk mengurus jenazah. Ini semua isu rakyat dan PKR sama sekali tidak prihatin dengan permasalahan begini.

PKR yang pernah menabur janji kepada rakyat sewaktu kempen PRU yang lepas kini di lihat memungkiri janji janji pilihanraya apabile banyak menifesto mereka tidak ditunaikan malah menempelak apabila rakyat mempertikaikan semua itu dan menyatakan menifesto bukanlah janji yang perlu dipenuhi pihak PKR Selangor.

Gempar dengan kehadiran Jamal Yunus yang hanya berpakaian mandi di hadapan bangunan SUK Selangor semalam, PKR masih mentertawakan tindakan tersebut dan mereka mengganggap perbuatan itu hanyalah sebagai lelucon. Tetapi tidak bagi DAP yang merupakan sekutu kuat PKR dalam Pakatan Harapan. Menfestasi Jamal dalam isu air ini sangat DAP risau kerana ia bakal membangkitkan rasa marah rakyat terhadap Pakatan Harapan sekaligus bakal menggugat cengkaman mereka di Selangor. Bukan sahaja rakyat luar bandar terjejas dalam isu ini malah penduduk dalam bandar yang merupakan penyokong kuat DAP turut merasai sama keperitan putus bekalan air. Ini dikuatkan lagi dengan bekalan air yang tidak mencukupi bagi mereka serta jadual yang tidak teratur, isu air bakal menenggelamkan populariti PH di Selangor.

Selepas memberi mandat kepada Pakatan Rakyat (PH) rakyat Selangor menghadapi banyak kerenah di bawah pentadbiran PKR serta sekutu mereka. Selepas isu rampasan kuasa yang dilakukan terhadap Khalid Ibrahim, Azmin yang menggepalai kerajaan kian tersasar dalam mengurustadbir Selangor. Banyak kontroversi melanda yang melibatkan beberapa pendedahan termasuk dari bekas Setiausaha Agung PKR sendiri berkaitan amalan rasuah yang berleluasa dalam pentadbiran PKR Selangor. 

Isu penderma projek Gerbang Selangor yang memakan hingga RM 9.8 juta masih belum selesai apabila Azmin enggan mendedahkan siapa penderma kos keseluruhan projek berkenaan. Salah seorang Exco Selangor, Haniza Talha hingga hari ini masih menutup mulut bila timbul isu identiti penderma dan persoalan ini telah lama mendapat perhatian rakyat Selangor. Mengapa Azmin begitu takut mendedahkan nama penderma jika benar benar telus dalam memberikan tender serta membuat kerajaan negeri mengeluarkan dahulu wang bagi menampung kos projek berkenaan? Apa yang disorokkan Azmin dan Haniza hingga mereka berdiam diri? Adakah projek ini helah bagi PKR mencari wang mudah bagi disalurkan ke kantung parti?


Bekas Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim sendiri pernah menemplak Azmin dalam isu bekalan air malah beliau antara yang lantang mempertikaikan pembelian Syabas oleh Kerajaan Selangor. Beliau juga lantang mengkritik Azmin dalam isu DEIG yang hingga kini masih tidak diketahui kemana hilangnya wang rakyat dalam DEIG. Apa penjelasan Azmin dalam hal ini? Apa pula desakan DAP terhadap kritikan tersebut? 

Pendedahan bekas aktivis PKR, Chegu Bard juga tidak kurang menarik hingga Azmin terpaksa menggunakan pengaruhnya dalam PKR bagi memecat Bard yang telah lama bersama PKR sejak zaman Refomasi. Mengapa tindakan sedemikian di ambil Azmin jika beliau tiada kaitan dengan pembongkaran yang dilakukan Bard? Rafizi Ramli pernah mendedahkan amalan rasuah seks wujud dalam pentadbiran PKR Selangor bagi mendapat tender tender tertentu dan beliau telah menyerahkan laporan kepada Presiden PKR sendiri tetapi hingga kini tiada tindakan di ambil. Inikah nilai ketelusan PKR di bawah Azmin Ali? Mengapa Pakatan Harapan tidak meminta SPRM menyiasat semua dakwaan tersebut?

Bagi DAP pula, mereka melihat isu air sebagai satu titik yang bakal meranapkan impian menawan Putrajaya dalam PRU14 akan datang. Selagi Azmin tidak menyelesaikan isu serta kaedah menyelenggara air Selangor maka harapan DAP hanyalah impian semata mata. Di tambah pula tindakan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) yang telah merobohkan sebahagian premis hotel milik Jamal sejurus isu air dibangkitkan oleh Ketua Umno Sg Besar ini petang tadi, kegusaran DAP kian meningkat apabila netizen mula mempertikaikan lesen premis perjudian yang dikatakan semakin banyak di dalam kawasan yang di wakili DAP. Malah netizen turut mempertikaikan kegiatan 'Ayam' yang berselindung di sebalik 'SPA' dan sudah tentu premis berkenaan banyak di kawasan DAP terutama Puchong serta lain lain tempat.


Inilah kegusaran DAP dalam krisis air Selangor kerana rakyat akan mengaitkan segalanya dengan tindakan Azmin yang tidak mementingkan kebajikan rakyat malah seperti sengaja bermain politik dan menuding kesalahan kepada pihak lain. DAP amat susah hati jika rakyat mulai sedar mereka sebenarnya diperalatkan untuk politik dan kepentingan survival parti politik. Jika rakyat sudah mula bersuara menentang permainan politik Pakatan Harapan maka mereka sudah boleh ucap 'Sayonara' kepada Selangor kerana kegagalan Azmin Ali. 

Rakyat bukan lagi bodoh untuk mempercayai janji manis PKR, DAP, PAN yang memberi seribu harapan kepada mereka tetapi akhrinya semua itu hanya penipuan dan mempermainkan segalanya demi kepentingan parti politik. Akhirnya rakyat Selangor sudah sedar selama ini mereka hanyalah mangsa rakus PKR dan DAP yang akan di tunggang setiap kali tiba pilihanraya.


No comments:

Post a Comment