Wednesday 7 December 2016

PREJUDIS ANTARA KAUM MASIH KUAT DI AMERIKA - MALAYSIA MODEL KEHARMONIAN TERBAIK

Seorang lelaki kukit hitam yang mengambil upah mengenakan kostum Santa Klaus dalam sebuah pasaraya di Mininesota, Amerika Syarikat berdepan dengan kecaman dari masyarakat kulit putih di sana.

Larry Jefferson telah 17 tahun menceburi karier berkenaan menimbulkan kemarahan pelanggan Mall of America hanya kerana beliau berkulit hitam menerima pelbagai cemuhan netizen di media sosial.

"Santa tidak hitam! Ini adalah cubaan mengelirukan kanak kanak,saya tidak akan pergi ke pasa raya itu lagi" komen John Armstrong.

Sebilangan besar pelayar media sosial mengajak orang ramai memboikot pasaraya berkenaan namun Larry tidak mempedulikan kecaman tersebut.

Itu kisah di Amerika yang sering mendakwa tidak mengamalkan birokrasi antara kaum namun hakikat sebenar mereka masih skeptikal dalam hal ini. Malaysia bagaimanapun sangat bertuah walau dengan kehadiran pelbagai etnik dan warna kulit, kerajaan tidak pernah membezakan rakyat dalam banyak hal.

Sebagai kerajaan yang mengutamakan rakyat, PM Najib berjaya meletak satu dimensi baru terhadap kesepakatan rakyat berbilang kaum dan ini diwarisi sejak zaman Tunku Abdul Rahman yang mahu masyarakat majmuk di Malaysia hidup dalam rukun damai.

Tidak berlaku diskriminasi kaum, Malaysia merupakan model terbaik untuk seluruh dunia belajar bagaimana sebuah negara dengan berbilang kaum mampu hidup dalam suasana aman damai serta tiada penindasan terhadap kaum lain. Tidak seperti etnik Rohingya yang kini berdepan dengan kekejaman Junta Tentera Myanmar, kaum Melayu selaku kaum terbesar di Malaysia menghormati keperluan serta kehidupan kaum lain di sini.

Perkembangan ekonomi yang turut menjadi faktor keamanan Malaysia dalam mengagihkan kek kekayaan antara kaum dan ini pasti akan menarik pelabur luar untuk melabur dalam projek pembangunan negara. Ketenteraman ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang mudah di capai namun Barisan Nasional dengan kerjasama komponen lain berjaya meralisasikannya demi rakyat Malaysia.

Sumber foto : Kosmo

No comments:

Post a Comment