Tuesday 13 December 2016

THE STAR HINA YANG DIPERTUAN AGUNG?

Akhbar The Star mencemar Kedaulatan Sultan Kelantan berserta seluruh kerabat DiRaja Kelantan hari ini. Dalam ucapan tahniah kepada Tuanku Sultan Kelantan, akhbar tersebut telah mengelirukan rakyat apabila menggunakan perkataan Al Marhum sedangkan rakyat tahu Ayahanda Baginda Sultan sedang gering.

Kesilapan Editor The Star seperti mahu menyerang Institusi DiRaja Melayu kerana kesilapan ini. Pastinya rakyat Kelantan akan berang apabila perkara yang tidak benar ini kerana di cetak satu muka penuh dalam akhbar tersebut.

Adakah ini disengajakan oleh Editor The Star sebagai tanda protes terhadap pembatalan jemputan Istana Negara kepada penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia seperti yang dikeluarkan Marina Mahathir dalam twitter beliau minggu lepas?

Adakah terdapat selumbar dalam The Star yang diarahkan melakukan kesilapan ini untuk menghina Institusi DiRaja Melayu dan membuat rakyat membenci Raja Raja Melayu? Siasatan perlu dilakukan terhadap akhbar The Star kerana ini merupakan penghinaan secara halus terhadap Istana.

Editor The Star perlu menjelaskan perkara ini kepada rakyat seluruh negara dan perlu mengenakan tindakan tegas terhadap individu bertanggungjawab atas kesilapan ini.

No comments:

Post a Comment