Monday, 5 December 2016

GAMBAR PALSU - CUBAAN KELIRUKAN RAKYAT MALAYSIA

Satu foto yang menjadi viral di laman media sosial adalah palsu menurut sumber.

Difahamkan foto tersebut merupakan foto ubahsuai bagi membangkitkan kemarahan netizen Malaysia dan mengeruhkan keadaan hubungan diplomatik antara 2 negara.

Di sebalik kekejaman junta tentera Myanmar terhadap etnik Rohingya, ada pihak mengambil peluang untuk memburukkan keadaan.

Semalam Presiden Umno bersama sama Presiden Pas menyertai Himpunan Bantahan Dan Solidariti untuk menyatakan kegusaran berkaitan kekejaman tentera Myanmar yang membunuh etnik Rohingya tanpa belas kasihan dan tidak bersebab.

Himpunan tersebut mengumpulkan seramai 20ribu peserta dari seluruh negara menyatakan bantahan kepada Myanmar dan meminta keganasan etnik dihentikan.