Sunday 25 December 2016

DARI 'LEPEH' PENYANYI JADI AHLI PARLIMEN - SITI BAKAL GANTI ANINA?





SITI NURHALIZA BAKAL GANTI ANINA UNTUK KEMPEN POLITIK MAHATHIR?

Kekecohan dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengenai isu salah laku seks Ketua Srikandi Anina Saaduddin menjadi tajuk perbualan hangat dalam media sosial apabila ada satu transkrip telefon dikatakan perbualan antara Anina dan pasangannya. Serangan bertubi oleh penentang Anina pula menjurus kepada pembongkaran pelbagai kisah hingga bekas pembantu Anina sendiri mendedahkan beliau mempunyai bukti setebal 196 mukasurat mengenai salah laku Anina. Desakan dari ahli PPBM yang mahu tindakan tegas dikenakan terhadap Anina juga berlegar di media sosial hingga mewujudkan 2 kem Pro-Anina dan Pro-Hamidah Osman. Walau bekas pembantu Anina dikenali sebagai Haiyan Uqba menafikan pembabitan Hamidah Osman dalam rancangan mendesak Anina dikenakan tindakan ada yang melihat perkara sebaliknya berlaku.

Presiden PPBM tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan isu tersebut dan Penasihat mereka turut berdiam diri apabila isu ini hangat diperdebatkan ahli PPBM sendiri. Malah, menurut ahli PPBM Anina tidak layak menjadi Ketua Srikandi kerana tidak mempunyai kredibiliti dan beliau melantik sesiapa sahaja yang pandai membodeknya menjawat beberapa jawatan dalam Srikandi PPBM. Perlakuan tersebut telah mengundang rasa kurang senang beberapa pihak yang berpendapat Anina sudah mula gila kuasa apabila satu audio yang dikatakan sebagai suara Anina tersebar dalam media sosial. Dalam petikan audio terdengar suara mirip Anina berkata "I'm The King" dipercayai merujuk kepada semua keputusannya melantik sesiapa yang beliau fikirkan sesuai untuk diberikan jawatan.

Selepas beberapa lama isu ini berlegar di laman facebook, timbul pula kisah yang lebih menarik perhatian rakyat menenggelamkan Anina dan skandal salah laku seksnya. Selangor yang di landa krisis air menjadi isu besar hingga Jamal Yunus membuat satu protes di hadapan bangunan SUK Selangor dengan hanya berpakaian mandi meminta untuk menumpang mandi di pejabat Menteri Besar Selangor Azmin Ali. Tindakan Jamal itu mendapat liputan meluas hingga seorang artis turut menyindir Jamal kerana bermenifestasi seolah seluruh rakyat Selangor menghadapi krisis air. Siti Nurhaliza yang kemudian mengakui Instagram milik beliau telah di godam oleh suaminya menerima kecaman netizen yang menghadapi krisisi air dan mula mencerca Siti kerana tidak memahami penderitaan rakyat apabila tiada bekalan air hingga 6 hari.

Siti yang dikatakan antara peyanjung Mahathir mula menerima kecaman teruk netizen apabila kisah silam beliau mula diperkatakan dalam media maya. Terbaru satu status dinaikmuat oleh seorang facebooker menyatakan Siti Nurhaliza akan menyertai PPBM dalam masa terdekat bagi membantu parti tersebut dan Mahathir. Jika benar kenyataan facebooker ini, adakah Siti Nurhaliza akan menggantikan tempat Anina Saaduddin sebagai Srikandi PPBM? Benarkah Siti akan beralih karier dari penyanyi ke ahli politik? Mungkinkah lagu 'Biarlah Rahsia' akan digunakan sebagai penarik untuk Siti berkempen bagi PPBM jika beliau mengesahkan penyertaannya dalam politik? 

Sebagai rekod, Siti Nurhaliza merupakan seorang penyanyi yang bakatnya di cungkil dalam rancangan RTM dan beliau banyak menerima penghargaan daripada kerajaan hanya kerana nyanyian serta kisah panas peribadinya satu masa dahulu. 

Persoalan pasti timbul kepada peminat serta ahli PPBM, layakkah Siti Nurhaliza menjadi sebahagian jentera politik kerana beliau tidak mempunyai asas dalam politik dan dikhuatiri nasibnya akan sama seperti artis lain yang pernah menjadi sebahagian dari jentera parti dan dipergunakan hanya untuk berkempen dan selepas itu akan dilupakan serta dilupuskan khidmat.

No comments:

Post a Comment