Sunday 4 December 2016

SURAT TERBUKA BUAT MUHYIDDIN YASSIN - LUPA MAHATHIR JUGA MINTA AHLI SUPAYA SETIA KEPADA BELIAU DAHULU?

Kehadapan Tan Sri Muhyiddin Yasin
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia
Ahli Parlimen Pagoh

Saya terpanggil menulis surat terbuka ini kepada Tan Sri menjawap serba sedikit mengenai ulasan YB terhadap ucapan Presiden Umno, Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam Perhimpunan Agung Umno 2016 semalam.

Pertama sekali suka saya ingatkan YB, apa sahaja ucapan Presiden Umno sudah tidak ada kena mengena dengan YB Tan Sri kerana YB bukan lagi ahli Umno. Najib berucap atas kapasiti beliau selaku Presiden Umno yang di serang oleh mantan PM bersama sama YB sejak tahun lalu selepas digugurkan dari kabinet serta tindakan YB yang membuat siri tohmahan di Kelab Sultan Sulaiman pada 2015 sehari sebelum PAU2015 berlangsung.

Antara intipati ucapan Najib dalam penggulungan beliau, ternyata beliau berhak mempertahankan diri di hadapan ahli Umno kerana itulah pentas terbaik buat beliau menerangkan kisah sebenar di sebalik setiap cerita yang digembar gemburkan membabitkan dirinya. Sikap wala' yang di sebut Najib hanyalah istilah dari perkataan arab yang bermaksud Setia dan tidak menjadi kesalahan jika beliau meminta rakyat bersikap Setia kepada pemimpin selagi tidak melanggar hukum syarak. Malah, bekas PM Ke-4 pernah menggunakan istilah SETIA yang bermaksud meminta seluruh rakyat SETIA kepada beliau selaku Perdana Menteri ketika itu yang di landa krisis kepimpinan apabila kedudukannya sebagai Presiden Umno tergugat. Hinggakan sebuah lagu digubah khas bagi menabur propaganda Mahathir yang mahu rakyat Setia kepadanya dan bersama sama beliau walau ketika berhadapan masalah.

Malah YB Tan Sri sendiri pernah berikrar SETIA kepada Mahathir selaku Presiden Umno ketika itu serta mengajak rakyat Johor supaya mendengar serta menerima apa sahaja yang Mahathir ucapkan mengenai konsep Setia Pemimpin. Apakah YB Tan Sri tidak pernah menyatakan kesetiaan YB kepada PM selepas Mahathir? Beranikah YB nafikan yang YB pernah bersumpah akan SETIA kepada Tun Abdullah Badawi ketika beliau mengambil alih tugas dari Mahathir selaku PM dan Presiden Umno?

Jika YB pernah berbuat demikian adakah salah jika kini Najib pula berbuat perkara sama? Hukum mana YB guna jika sesuatu iti tidak berpihak kepada YB maka semuanya salah dan hanya YB sahaja benar? Tidak pernahkah YB menerima ikrar Taat Setia dari barisan exco ketika YB menjawat jawatan Menteri Besar Johor dahulu?

YB Tan Sri, adakah YB punyai bukti yang kukuh berkaitan semua dakwaan YB terhadap Najib? Adakah YB tidak menaruh kepercayaan kepada pihak yang dipertanggunjawapkan bagi menyiasat apa sahaja tuduhan berkaitan 1MDB, RM2.6 billion dari keluarga DiRaja Arab? Jila YB punyai bukti kukuh mengapa YB tidak menyerah sendiri kepada mereka yang layak mendakwa Najib di Mahkamah? Mengapa YB masih hanya bercerita berdasarkan laporan Sarawak Report, Wall Street Journal dan media asing sedangkan YB telah buat siri jelajah bercerita itu ini namun YB sendiri tidak berani kemuka bukti?

YB Tan Sri Muhyiddin, apakah salah jika Najib merujuk dan menuturkan nama Allah dalam PAU2016? Apakah Najib itu bukan sebahagian dari Umat Muhammad yang di seru Baginda agar membasahkan bibir dengan nama Allah? Jika beliau menjual nama Allah untuk kepentingan dan melakukan pembelotan dalam mentadbir, YB percaya kepada hukum Allah bukan? Apakah nas yang YB boleh kemukakan sebagai kesalahan untuk Najib ucap kalimah Allah dalam PAU2016?

Akhir kalam, saya selaku ahli Umno yang Setia kepada parti menyeru YB Tan Sri agar fokus kepada parti yang Tan Sri tubuhkan. Hala tuju parti YB masih kabur dan kedudukan YB sendiri dalam Pakatan Harapan masih samar apa keperluan YB sibuk akan hal UMNO?  YB rasa dengan persefahaman bersama DAP maka parti YB akan diberikan keutamaan membuat keputusan? Bentuklah parti YB sendiri dan bersedia bertanding 1 lawan 1 di setiap kerusi jika benar benar parti PPBM hebat. Beranikah YB berbuat demikian walau terpaksa bersendirian tanpa PKR,DAP,PAN?

Yusman Zahari Zakaria
Ahli Umno Cameron Highlands
DUN Jelai.

No comments:

Post a Comment