Thursday 8 December 2016

KHAIRUDDIN BOLEH BELI PULAU DAN JADI RAJA PULAU JIKA MAHU TERUS PERTIKAI KEPUTUSAN ISTANA NEGARA

Bekas ahli PPBM, Khairuddin Abu Hassan cuba bertindak mencampuri urusan Istana Negara berikutan satu surat pembatalan jemputan kepada Penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia ke majlis Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung pada 13 Disember 2016.

Khairuddin tidak sepatutnya turut campur tangan dalam perkara ini kerana beliau bukan lagi ahli PPBM selepas keluar dari parti tidak lama dahulu. Tindakan biadap Khairuddin ini seperti mahu rakyat di heret bersama dalam isu Istana Negara.

Beliau perlu memahami protokol Istana Negara dan berhenti membabitkan kerajaan Persekutuan dalam tindakan tersebut. Surat yang ditandatangani Penyimpan Mohor Besar Raja Raja Melayu merupakan dokumen sulit dan peribadi. Siapa Khairuddin untuk mempersoalkan hak Istana Negara? Beliau hanya ahli politik yang tidak berparti dan tidak mendapat tempat di mana mana parti walau kini Mahathir berbaik dengan DAP.

Isu Istana Negara bukanlah isu politik yang boleh Khairuddin heret ke jalanan dan tindakan Marina Mahathir yang mengeluarkan surat tersebut di twitter miliknya semalam adalah sesuatu yang sangat ' kurang ajar' dalam perbendaharaan kata kata Melayu. Adakah Kahiruddin juga cuba mengikut jejak Marina?

Antara kenyataan Khairuddin terhadap keputusan Istana Negara

“Yang berbahagia Tun Dr Mahathir Mohamad juga adalah mantan perdana menteri paling lama di negara kita!

Menjawat jawatan perdana menteri selama 22 tahun!” tegasnya

Apakah Khairuddin ingat dengan 22tahun sebagai Perdana Menteri membolehkan Marina dan beliau boleh membantah keputusan Istana Negara? Perlu diingatkan Institusi Raja diletakkan di tempat tinggi dalam Perlembagaan Negara dan tidak perlu Khairuddin persoalkan selagi masih bergelar warganegara Malaysia.

Mungkin Khairuddin boleh cari dan beli sebuah pulau di luar Malaysia seterusnya melantik dirinya sendiri sebagai Raja Pulau jika masih mahu pertikai keputusan Istana Negara. Jika tidak mampu maka elok bagi Khairuddin berdiam diri dan akur dengan keputusan Istiadat DiRaja Istana Negara.

No comments:

Post a Comment